Makoto Raiku (雷句誠 Raiku Makoto, dilahirkan pada
23 Ogos,
1974) ialah seorang
mangaka yang karyanya muncul dan terkenal di terbitan
Shogakukan,
Shonen Sunday. Bermula sebagai seorang pembantu kepada
Kazuhiro Fujita dalam manga
Ushio & Tora, beliau mula mencipta beberapa manga pendek untuk antologi manga shonen seperti Bird Man (mengenai juruterbang muda),
Hero Ba-Ban (mengenai periang, tapi superhero lemah) dan Genmai Blade. PAda
1999, beliau mencipta siri New Town Heroes, yang mana diterbitkan dalam Shonen Sunday Super, terbitan bermusim memaparkan
mangaka akan datang dan komik pendek dari buku utama Sunday.Pada
2001, Raiku memeulakan siri manga Konjiki no Gash!!, yang mula diterbitkan dalam
Shonen Sunday,
Shogakukan, dan pada
2003, menginspirasikan sebuah versi
anime (Konjiki no Gash Bell) dikeluarkan
Toei Animation. Kedua-dua versi sangat popular di
Jepun. Di
A.S., kedua-dua manga dan anime dikenali sebagai
Zatch Bell!. Dalam satu bab manga Zatch Bell!, Raiku membuat kemunculan dengan ceritanya sendiri, dan juga memainkan peranan rakan Ponygon dalam permainan, Zatch Bell!: Electric Arena.Karya-karya Raiku termasuklah: